6 Kesilapan Besar Yang First Time Traveller Selalu Buat Dan Perlu Dielakkan
- Shazril Shukri
- Oct 10, 2017
- 3 min read

Travelling ni memang best, lagi-lagi tempat yang kita nak tuju tu memang dah lama kita aim. Bukan semua orang terer pasal travelling.
Nak kata kita terer pun tak jugak…Tapi, percayalah walau berapa kali anda pegii travel pun, tak semestinya trip anda itu perfect mesti ada yang tak kena.
Untuk first time traveller pulak, ini saya nak kongsi 6 kesilapan yang sentiasa first time traveller buat menurut laman web travel di Australia iaitu Traveller.
#1 . Overbooking – Terlebih booking
Kemudahan internet hari ini memudahkan trip kita sebenarnya, mana tidak, sambal sambal kerja dekat office tu, kita dah boleh rancang perjalanan kita. Dah boleh browse atau book tempat yang kita nak pegi. Biasalah, maklumat sekarang ni dihujung jari je kan. Tapi, jangan la sampai terlebih excited. Semua benda nak dibooking daripada breakfast, transport, tour, makan malam pun nak booking. TAK PAYAH!
Memang pada kita, nanti sampai sana dah senang dah, tapi… kena ingat, bila kita dah booking semua benda, trip kita akan terikat dan tak fleksibel. Kita takt ahu lagi keadaan sana macam mana, buatnya cuaca hujan ke, flight delay ke… semua ni akan menganggu kita dan last-last, duit kita burn.
#2 . Semuanya pass dekat travel agen

Ha, ini selalu orang silap. Memang diorang ni memudahkan kerja. Kita bayar,pastu follow je mana diorang bawak. Tapi, sebenarnya… kalau kita explore sendiri, tanya orang tempatan, banyak kita boleh save dekat sini.
Dan kalau nasib tak baik, kita dah booked, arrange cecantik, tetapi service kita dapat, tak berbaloi dengan apa kita bayar…
#3. Semua tempat nak pegi
Memanglah rugi kalau dah sampai tapi tak explore semua tempat kan. Tapi, hilanglah feel kita nak travel ke sana lagi nanti. Kebanyakkan orang anggap “alah, lepas ni takt ahu bila lagi nak sampai sini”.
Jangan macam tu. Kita kena amik mood dan motivasikan diri kita supaya datang lagi ke tempat tu. Menurut kajian, waktu atau tempoh ideal untuk ke satu-satu tempat maksimum adalah seminggu.
Kalau kurang pada itu, kita kena susun elok-elok.Lagi cantik kalau kita dah ada plan awal tetapi jangan pulak terikat dengan plan kita tu. Cuba jadikan plan tu sefleksibel mungkin. Misal kata kita rancang ke tempat A hari pertama, cuba tengok along the way nak ke sana tu, ada tak tempat yang kita boleh nak explore lagi…
#4. Lari budget

Dah tahu kita nak travel, mestilah kita menyimpan. Atau anda jenis adventurous sikit, beli je dulu tiket fikir kemudian. Boleh, tak salah. Mana-mana cara pun okay sebenarnya. Cuma kita jangan lupa tang duit dan bajet kita.
Mungkin untuk flight dan tempat penginapan, kita boleh beli awal. Perbelanjaan disana, kita hadkan atau kita sediakan extra. Bukan apa, kadang-kadang, harga dekat internet memang murah, sampai sana… harga jadi lain. Kalau misal kata kita bawak duit tak cukup… kan jadi tak best.
#5. Packing banyak sangat barang
Trip 3 hari, tapi bawak luggage sampai dua, tiga. Nak travel ke nak pindah? Hehe..Untuk packing barang ni, kita bawak yang utama dan yang penting je. Sleeping bag tu, tinggal jugak. Melainkan awak nak bercamping kat sana.
Kebanyakkan hostel pun bukan benarkan kita nak bentang sleeping bag sesuka hati.Memang orang kata, kita tak tahu apa akan jadi, tapi tak payah kot rasanya nak bawak first aid kit yang gedabak tu.
Cukup sekadar ubat yang susah nak dapat kat luar atau anda ada deskripsi ubat tersendiri.Lagi satu, packing ikut kawasan atau cuaca dekat tempat kita nak pegi tu… Awak tu nak pegi Indonesia je, bawak baju bulu tebal tu dah kenapa…?
#6. Panik
Masalah ini selalu terjadi kepada first time traveller. Panik tanpa sebab. Cuba rilek sikit. Jangan nampak sangat awak tu first time, nanti orang amik kesempatan. Katalah bas atau keretapi yang sepatutnya sampai tapi tak sampai-sampai, jangan panik.
Ringankan mulut tanya orang kat situ. Lama lagi ke trainnya, atau memang jadual train sana selalu tak ikut.
Point extra : - Shopping tak ingat dunia.
Ini pun satu hal jugak, memanglah kita nak beli barang kenang-kenangan ataupun beli barang dekat sana sebab dekat Malaysia mahal, atau susah dapat, tapi, berpada-padalah.
Ni shopping macam nak bukak kedai dah kat sini. Apa cerita?Jangan lupa, kita nak naik flight nanti kena kira berat bagasi. Kalau let say overload, kita kena tambah duit. Itu belum masuk barang yang kita dah memang bawak dari sini. Lainlah kalau kita tu pegi sehelai sepinggang, dan memang nak buat berniaga. Kalau macam tu, lain cerita lah…
Sampai tempat orang jangan lupa beli simcard atau, sewa je wifi device, sangat berguna kalau korang nak book grab or uber nanti.
Nak sewa WiFi boleh tengok dekat link ni :
sumber : website |Traveller
Start writing your post here. You can insert images and videos by clicking on the icons above.
Comentários