top of page

Starbucks Terbesar Di Dunia - Shanghai Roastery


Biggest Starbucks, Shanghai

Kalau dekat Malaysia, kita belum ada Starbucks Roastery. Roastery merupakan rangkaian Starbucks yang lagi besar daripada café Starbucks biasa dari segi sazi dan design dia agak eksklusif.

Sebenarnya, Starbucks Roastery ni ada buka outlet yang pertama di Seattle. Disebabkan China merupakan salah satu pasaran yang berkembang dengan cepat, Starbucks memilih Shanghai untuk membuka Roastery yang kedua.

Merupakan kafe premium, Starbucks Roastery Shanghai dibina atas kawasan yang luasnya lebih kurang 30,000 kaki persegi dan merupakan yang pertama seumpamanya di Asia.

Selain dari itu, disini juga merupakan bar kopi yang terpanjang di dunia dan terdapat lebih daripada 30 jenis kopi boleh didapati disini.

Lagi satu highlight di Starbucks ni ialah siling kafé ni. Syiling dia dibina menggunakan 10,000 kayu yang diukir menggunakan tangan.

Selain dari dilengkapi dengan teknologi maya. Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkenaan apa sahaja yang terdapat dalam kafe tersebut dengan hanya mengimbas telefon pintar mereka.

Fuh, canggih betul. Dah la besar. Kena try pegi ni satu hari…

Sumber : Website | Starbucks

No tags yet.
TRENDING
FOLLOW ME
  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Instagram Icon
SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
bottom of page