top of page

Dapatkan Travel Insurance Supaya Percutian Lebih Terjamin...

  • Aryl Je
  • Nov 7, 2017
  • 2 min read

Travel Need

Sebut pasal travel, dah tentu kita tak tahu apa risiko yang bakal kita hadapi kan?

Kalau sebelum ni, aku sendiri pun main redah je kalau nak travel. Tapi, lepas apa yang terjadi dekat kawan-kawan dekat Dhaka tempoh hari... terus cari insurans untuk travel.

So, sebelum pegi Bali haritu terus browse plan insurans yang ada ditawarkan dekat Malaysia ni...

Tak pernah tahu pun pasal kewujudan travel insurans ni sebenarnya. Tapi, lepas buat research sikit... rupanya ada banyak jenis travel insurans.

Ada yang cover untuk satu trip, dan ada yang tahunan. Selama ini ingat mahal, rupanya... Serendah RM3 sehari je travel insurans ni...

Sebab ada insurans, so aku beranilah sewa motor dekat Bali tanpa perlu risau... tapi gambar bawah ni, masa atas GrabBike on the way to airport... Hehehe...

Riding motorcycle in Bali

Untuk plan yang aku amik, provider dia ialah Takaful Ikhlas. Nama plan tu ialah Plan Kembara. Ada dua plan iaitu A atau B. Tapi korang kena baca betul - betul bila dia start cover dan apa yang dia cover.

Macam contoh yang aku punya ni, RM3 sehari dan hanya nama negara yang kita letak dalam tu je dia cover. Macam aku haritu aku letak Indonesia.

So lepas tu pihak takaful akan hantar dokumen melalui email.

Macam ni :

Dia akan tulis details kita dan destinasi kita nak tuju. Serta, ada tarikh. Macam aku, aku extend sehari, yelah incase flight delay ke apa ke, selagi aku ada dekat Indonesia pada tarik yang aku nyatakan, insurans cover.

So, apa yang dia cover... Aku amik 4 hari, total RM16. So, dengan bayaran 16 Ringgit ni... ini yang diorang cover...

Daripada personal accident, hal medical sampailah hal-hal travel inconvenience macam kehilangan beg, korang terpaksa cancel travel atas sebab-sebab tak dapat dielakkan dan apa sahaja claim daripada third party.

Banyak kan manfaat dia? Dengan 16 ringgit je tau korang boleh dapat coverage macam ni...

Tapi, plan ni under takaful ikhlas je, ada lagi macam-macam yang tawarkan plan insurans untuk travel dengan harga yang berpatutan. Cuba tengok dekat RinggitPlus. Lagipun, memang mudah lah dekat situ, click-click clik je dah settle.

P/s : Oh, kalau korang nak sewa wifi untuk travel pun bagus sebenarnya. Takpayah keluarkan simcard dari phone. Guna je pocket wifi. Sewa pun RM28 sehari.

Cuba click link kat bawah ni...

Comments


TRENDING
FOLLOW ME
  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Instagram Icon
SEARCH BY TAGS
ARCHIVE

© 2016 by Design for Life.

Proudly created with Wix.com

  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White Pinterest Icon
  • White Instagram Icon

Get Your Pocket WiFi Here!!

bottom of page